Wednesday, July 16, 2014

Tugasan Bahasa Kebangsaan( Unitar ) 2712


'' Pepatah Dan Bidalan Melayu ''

Definisi Bidalan 


Bidalan ialah kata-kata yang sering disebut dan mempunyai nasihat serta pengajaran di dalamnya (Kamus Dewan). Bidalan juga merupakan sejenis peribahasa yang memaparkan unsur nasihat, pedoman, atau pengajaran kepada masyarakat  dalam bentuk ungkapan yang ringkas. Bidalan juga membawa maksud yang tidak sama dengan maksud perkataan yang digunakan. Bidalan mempunyai maksudnya yang tersirat  di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Bidalan tidak mengandungi  sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan 

Definisi Pepatah 

Pepatah ialah susunan bahasa yang menjadi sebutan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah

Contoh Bidalan , Maksudnya dan Contoh Ayat-ayat 

  1. Bagai ayam naik ke surau- Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
          Contoh Ayat : Sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik
Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak
mempelawanya minum.  Sehinggalah ia membuat keputusan untuk
balik, secawan air pun tidak dihidangkan. Keadaan yang dialami
oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau. 

    2. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor
bergelimang tahi. - Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam 
kemelaratan. 

       Contoh Ayat : Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiri
tidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidak
sempurna.  Caranya ini bagai ayam si tombong, kokok
berderai-derai, ekor bergelimang tahi. 

      3. Bagai ayam yang terkecundang.Sangat ketakutan 

       Contoh Ayat : Keadaan Seman bagai ayam kecundang kerana ia juga
terlibat dalam kes pengedaran dadah di kampung tersebut.  Ia
berasa takut kerana polis sedang  membuat penyiasatan pada kes
tersebut.    

     4. Bagai bajak wangkang makan diangkat - Orang yang gemar dipuji.

      Contoh Ayat : Semua kerja yang telah dilakukan oleh  beliau, pasti akan
diheboh-hebohkan kepada semua rakan-  rakannya.  Tindakannya
supaya ia mendapat pujian.   Sikapnya bagai bajak wangkang makan
diangkat. 

      5.  Bagai balak terendamOrang gemuk yang malas bergerak. 

        Contoh Ayat Banyak tugasan yang belum disiapkan  oleh Tina kerana dia
asyik tidur sahaja bila di dalam  bilik.  Badannya yang gemuk dan
malas ini  menjadikan ia  digelar bagai balak terendam.   

    6.  Bagai belacan dikerat dua : yang pergi busuk,  yang tinggal
anyir. - Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua belah  pihak. 

       Contoh Ayat : Ahmad dan Aminah telah lama bercinta  dan mereka telah
bersetuju untuk berkahwin.  Malangnya  hajat mereka tidak
dipersetujui oleh ibubapa mereka.  Ini  menyebabkan mereka lari
untuk pergi berkahwin di tempat  lain.  Tindakan mereka bagai
belacan dikerat dua; yang  pergi busuk yang tinggal anyir. 

     7. Bagai beliung dengan asahan.Tidak pernah berpisah 

     Contoh Ayat :  Sejak dari tahun pertama, mereka  sentiasa bersama-sama
ada ke kuliah atau untuk membuat  tugasan.  Keadaan mereka bagai
beliung dengan asahan.

     8. Bagai belut digetir ekornyaCepat sekali.

      Contoh Ayat :  Pertandingan acara berlari semuanya  dibolot oleh Ali.
Kepantasa lariannya bagai belut  digetir. 

     9. Bagai belut diregang.Tinggi dan kurus 

       Contoh Ayat : Pasukan B berjaya berjaya di dalam  pertandingan bola
keranjang kerana terdapat seorang  pemain yangtinggi dan sentiasa
berjaya memasukkan gol.   Keadaan fizikalnya bagai belut
diregang. 

   10. Bagai berkain tiga hastaSerba tak cukup (miskin). 

    Contoh Ayat : Sejak kematian suaminya, mak limah  terpaksa bekerja
keras untuk menyara makan minum anaknya  yang ramai.  Keadaan
hidupnya sekarang bagai berkain tiga harta. 

  11. Bagai bersahabat dengan ular. - Berkawan dengan orang yang jahat 

    Contoh Ayat : Ali sudah pandai balik lewat malam dan  sudah pandai
melawan nasihat ibubapanya.  Sikapnya mula  beruabah sejak ia
berkawan dengan orang-orang di persimpangan kedai itu.  Pergualan
Ali ini bagai  bersahabat dengan ular, kerana perangai yang jahat
itu  dapat mempengaruhinya 

  12. Bagai berseru di padang pasir. - Seruan yang tidak diendahkan orang. 

     Contoh Ayat : Walaupun telah beberapa kali wakil  rakyat itu meminta
supaya penduduk di kawasan perumahan  itu bersatu untuk menjaga
keharmonian, tetapi tidak ada  kata sepakat dan tidak dipedulikan
sahaja.  Seruannya  bagai berseru di padang pasir.       

  13. Bagai bersumur di tepi rawa - Orang yang selalu cemburu. 

     Contoh Ayat :  Isteri Encik Ali sentiasa berada di  rumah sahaja.  Ia
tidak dibenarkan keluar oleh suaminya.   Sikap suaminya bagai
bersumur di tepi rawa.

 14. Bagai bertanak di kuali. -Terlalu murah hati hingga binasa kerananya 

     Contoh Ayat : Keadaannya bagai bertanak di kuali,  kerana habis wangnya
telah digelapkan oleh wakil syarikat  yang kononnya hendak
meminjam.  Rupa-rupanya ia telah  menipu. 

  15. Bagai bertemu buah si malakamo :  dimakan mati
bapak, tidak dimakan mati ibu. - Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;  dalam
keadaan yang serba salah. 

   Contoh Ayat : Keputusan yang terpaksa dibuat oleh  Suzi bagai bertemu
buah malakoma, dimakan mati bapak,  tidak dimakan mati ibu,
kerana ia akan melibatkan masa  depan dirinya dan nasih
keluarganya.     

  16. Bagai bertepuk sebelah tangan. - Cinta kasih yang tidak berbalas. 

   Contoh Ayat : Gadis yang cantik itu telah menyebabkan  ramai orang
lelaki yang cuba mendekatinya tapi sedikit  pun tidak dilayan.
Akibatnya mereka bagai bertepuk  sebelah tangan. 

  17. Bagai buruk kena ipuh - Mengeliat-geliut (kerana kesakitan). 

    Contoh Ayat : Mat mengidap penyakit  gastrik.   Sekiranya dia tersilap
makan, penyakit akan datang  menyebabkan ia tidak  dapat
menahannya  dan keadaannya  bagai beruk kena ipuh.     

 18. Bagai berumah di tepi tebing. - Selalu dalam kekuatiran. 

    Contoh Ayat :  Malim berasa kuatir kerana anaknya  sudah dua hari tidak
pulang ke rumah.  Semua kerjanya  tidak menjadi kerana kuatir
bagai berumah di tepi rawa. 

 19. Bagai besi dengan penamban. - Orang lemah di bawah kuasa orang kuat. 

   Contoh Ayat : Pada zaman penjajahan Jepun, semua  orang takut dengan
cara pemerentahan mereka.  Keadaan ini  bagai besi dengan
penamban. 

 20. Bagai buah keras di dalam sekul. - Bercakap dalam keadaan tergopoh-gapah.

    Contoh Ayat : Sejak dari tadi Min tidak berhenti-  henti becakap.
Cakapnya yang tergopoh-gopoh bagai buah  keras di dalam sekul
amat sukar difahami. 

 21. Bagai budak menyapu ingus. - Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

  Contoh Ayat : Ada tetamu yang tersinggong tangan  Aminah, menyebabkan
cawan yang dipegangnya terjatuh  semasa majlis jamuan itu
diadakan.  Walaupun bukan salah  dirinya tetapi ia rasa sangat
malu bagai budak menyapu  ingus.  

 22. Bagai bulan empat belas. -Kecantikan wajah seorang wanita. 

   Contoh Ayat : Semua pakaian yang digayakan olehnya  kelihatan sangat
menarik.  Bukan sahaja kerana rekabentuk  itu yang menarik tetapi
kerana kecantikan wajahnya bagai  bulan empat belas.
  
 23. Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan. - Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana  hendak
berjalan.

  Contoh Ayat : Hampir dua jam aminah bersolek, bila ia  hendak pergi
berjalan.  Kecantikannya selalu mendapat  perhatian di luar.
Dirinya bagai bulan penuh mengambang  di kaki awan.  

 24. Bagai buntal kembung. - Bodoh dan sombong. 

  Contoh Ayat : Mak Limah selalu bersungut kerana  anaknya selalu membuat
silap semasa kiraan dalam  perniagaan.  Bila diajar tidak diambil
peduli.  Perangai  anaknya bagai buntal kembung.    

 25.Bagai bunyi cempedak jatuh. - Bunyi jatuh yang sangat kuat. 

   Contoh Ayat : Mak Timah terpijak kulit pisang yang  dibuang oleh
cucunya menyebabkan ia terjatuh.  Badannya  yang besar
menyebabkan bunyi jatuhnya sangat kuat bagai  bunyi cempedak
jatuh. 

 26.Bagai bunyi orang dikoyak harimau. - Berteriak-teriak dan melolong dengan kuat. 

   Contoh Ayat : Zaiton sentiasa berhati-hati dalam  membuat kerja-kerja
rumah supaya emaknya tidak marah.  ia  berasa malu sekiranya
dimarahi oleh emaknya yang  mempunyai suara terlalu kuat bagai
bunyi orang dikoyak  harimau. 

 27. Bagai bunyi perempuan di air. - Ramai atau riuh sekali. 

  Contoh Ayat :  Bagai bunyi perempuan di air, apabila  keluarga Encik
Seman berkumpul pada hujung minggu.  Anak  cucunya yang ramai
menjadikan rumahnya sangat bising. 

 28. Bagai bunyi siamang kenyang. - Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat
kesenangan. 

   Contoh Ayat : Che Mat selalu menghebab-hebahkan  bagaimana caranya ia
beroleh kesengan sekarang ini.   Sikapnya bagai siamang kenyang. 

  29. Bagai cacing gila. - Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. 

  Contoh Ayat : Ali berang bila orang mengatakan isterinya bagai cacing
gila.  Dia mesti bertindak tegas  terhadap sikap isterinya yang
suka bertandang ke rumah  orang.
  
  30. Bagai cacing kena air panas. - Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu  dan
lain-lain). 

   Contoh Ayat : Berita kemalangan yang menimpa  keluarganya menyebabkan
dia tidak dapat berbuat apa-apa.   Keadaannya bagai cacing kena
air panas, hingga terpaksa  orang lain memujuknya supaya
bersabar.     
      
Contoh Pepatah Dan Maksudnya 

  1. Air yang tenang jangan disangka tiada buayaPendiam dan tidak melawan kata jangan disangka pengecut
     Contoh Ayat : Mukhriz seorang yang pendiam, tetapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana dia pernah menjadi juara dalam pertandingan debat. 

    2. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingHidup Bantu membantu antara satu sama lain 

    Contoh Ayat : Kampung Seduku berjaya terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsaan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 

   3. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa jugaSetiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli keluarganya yang lain. 

    Contoh Ayat : Siti berasa sedih melihat adiknya yang menderita penyakit leukimia kerana cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga. 

  4. Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjungWalau di mana kita berada kita mesti mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami. 

   Contoh Ayat : Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 

 5. Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang samaPergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja. 

  Contoh Ayat : Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama. 

 6. Fikir itu pelita hatiDaya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup. 

  Contoh Ayat : Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati. 

 7. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan namaOrang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal dunia. 

  Contoh Ayat : Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampun kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama 

 8. Harapkan pagar, pagar makan padiSeseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita. 

  Contoh Ayat : Hamka menyesal kerana memberi kepercayaan kepada kawannya untuk menguruskan perniagaan kerana kawannya telah belot dan nasibnya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi. 

9. Ikan pulang ke lubukKembali semula ke tempat asal. 

 Contoh Ayat : Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya. 

10.Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaSesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha. 

 Contoh Ayat : Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. 

 11.Kais pagi makan pagi, kais petang makan petangOrang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja. 

 Contoh Ayat : Kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.

 12. Lembu punya susu, sapi dapat namaSeseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama. 

  Contoh Ayat : Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.

 13. Membujur lalu melintang patahOrang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi. 

 Contoh Ayat : Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah walaupun lawannya seribu. 

 14.Nyiur setandan tetapi berlainan jadinyaSikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seibu sebapa. 

 Contoh Ayat : Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang berbeza. 

 15. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa  -Kita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan orang terhadap kita 

 Contoh Ayat : Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya setiap kali jirannya memberi makanan kepadanya, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. 

 16. Pucuk dicita ulam mendatangMemperoleh sesuatu yang dihajati. 

 Contoh Ayat : Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya. 

 17 .Ringan sama dijinjing, berat sama dipikulOrang yang melakukan kerja secara bergotong royong. 

 Contoh Ayat : Semua penduduk kampong Seri Pinang bergotong royong membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. 

 18. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugaBagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga. 

 Contoh Ayat : Perbuatan Ali yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke sekolah. Selama ini dia telah menipu keluarganya namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. 

 19. Takkan pisang berbuah dua kaliTidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. 

 Contoh Ayat : Ahmad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali. 

 20. Ulat dalam batu pun dapat hidup  - Orang yang rajin berusaha takkan mati kelaparan 

 Contoh Ayat : Tak payahlah kamu bersusah payah merantau keluar Negara semata-mata untuk mencari pekerjaan kerana di sini pun masih boleh mendapat rezeki kerana ulat dalam batu pun dapat hidup,’ kata ayah kepada abang.  

 21. Waktu itu wangWaktu itu sangat bernilai. 

 Contoh Ayat : Rahim sentiasa berusaha dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk memajukan perniagaannya bak kata pepatah waktu itu wang. 

 22. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciranMengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang

 Contoh Ayat : Mendengar khabar bahawa dia akan mendapat pulangan yang lebih lumayan melalui pembelian sahamnya, Rahim telah mengelurakan semua wang simpanan dan melaburkannya. Namun dia sebenarnya telah ditipu umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran 

 23. Zaman beralih, musim bertukarPeredaran masa. 

 Contoh Ayat : Penggunaan teknologi pada masa kini terus menjadi keutamaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Walau zaman beralih, musim bertukar, manusia tetap bergantung dengan teknologi ini. 

 24. Macam Anjing Dengan Kucing. - Sentiasa bertengkar/bergaduh 

 Contoh Ayat : Hatim dan Saiful pantang bersua pasti berlaku pergaduhan. Suatu hari, pergaduhan mereka disaksikan oleh Ismadi."Macam anjing dengan kucing la kamu berdua ini .

 25 . Bagai Pinang Dibelah DuaPasangan yang cocok atau sama padan 

 Contoh Ayat : Nadia dan Ismail adalah pasangan yang secocok 

 26. Indah Khabar Dari Rupa. - Keadaan yang sama sekali tak serupa dengan apa yang didengari. 

Contoh Ayat : Afi seorang yang panas baran tetapi beliau seorang yang Indah Khabar Dari Rupa   















Ini adalah sedikit petikan video yang telah kami ambil dari sumber- sumber youtube untuk sekadar pengetahuan umum  




                                     Sekian Terima Kasih 



  1. Muhammad Amirul Asraf Bin Mazi - YM1306BD4014
  2. Afi Amierul Aiman Bin Abdul Khalid - YM1306BD3932
  3. Faris Bin Jaapar - YM1302BD2712 

No comments:

Post a Comment