'' Pepatah Dan Bidalan Melayu ''
Definisi Bidalan
Bidalan ialah kata-kata yang sering disebut dan mempunyai
nasihat serta pengajaran di dalamnya (Kamus Dewan). Bidalan juga merupakan
sejenis peribahasa yang memaparkan unsur nasihat, pedoman, atau pengajaran
kepada masyarakat dalam bentuk ungkapan yang ringkas. Bidalan juga
membawa maksud yang tidak sama dengan maksud perkataan yang digunakan. Bidalan
mempunyai maksudnya yang tersirat di sebalik susunan kata-kata yang
membentuknya. Bidalan tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti
perumpamaan
Definisi Pepatah
Pepatah ialah susunan bahasa yang menjadi
sebutan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat
sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman
dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah
Contoh Bidalan , Maksudnya dan Contoh Ayat-ayat
- Bagai ayam naik ke surau- Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Contoh Ayat : Sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik
Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak
mempelawanya minum. Sehinggalah ia membuat keputusan untuk
balik, secawan air pun tidak dihidangkan. Keadaan yang dialami
oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau.
2. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor
bergelimang tahi. - Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam
kemelaratan.
Contoh Ayat : Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiri
tidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidak
sempurna. Caranya ini bagai ayam si tombong, kokok
berderai-derai, ekor bergelimang tahi.
3. Bagai ayam yang terkecundang. - Sangat ketakutan
Contoh Ayat : Keadaan Seman bagai ayam kecundang kerana ia juga
terlibat dalam kes pengedaran dadah di kampung tersebut. Ia
berasa takut kerana polis sedang membuat penyiasatan pada kes
tersebut.
4. Bagai bajak wangkang makan diangkat - Orang yang gemar dipuji.
Contoh Ayat : Semua kerja yang telah dilakukan oleh beliau, pasti akan
diheboh-hebohkan kepada semua rakan- rakannya. Tindakannya
supaya ia mendapat pujian. Sikapnya bagai bajak wangkang makan
diangkat.
5. Bagai balak terendam - Orang gemuk yang malas bergerak.
Contoh Ayat : Banyak tugasan yang belum disiapkan oleh Tina kerana dia
asyik tidur sahaja bila di dalam bilik. Badannya yang gemuk dan
malas ini menjadikan ia digelar bagai balak terendam.
6. Bagai belacan dikerat dua : yang pergi busuk, yang tinggal
anyir. - Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua belah pihak.
Contoh Ayat : Ahmad dan Aminah telah lama bercinta dan mereka telah
bersetuju untuk berkahwin. Malangnya hajat mereka tidak
dipersetujui oleh ibubapa mereka. Ini menyebabkan mereka lari
untuk pergi berkahwin di tempat lain. Tindakan mereka bagai
belacan dikerat dua; yang pergi busuk yang tinggal anyir.
7. Bagai beliung dengan asahan. - Tidak pernah berpisah
Contoh Ayat : Sejak dari tahun pertama, mereka sentiasa bersama-sama
ada ke kuliah atau untuk membuat tugasan. Keadaan mereka bagai
beliung dengan asahan.
8. Bagai belut digetir ekornya - Cepat sekali.
Contoh Ayat : Pertandingan acara berlari semuanya dibolot oleh Ali.
Kepantasa lariannya bagai belut digetir.
9. Bagai belut diregang. - Tinggi dan kurus
Contoh Ayat : Pasukan B berjaya berjaya di dalam pertandingan bola
keranjang kerana terdapat seorang pemain yangtinggi dan sentiasa
berjaya memasukkan gol. Keadaan fizikalnya bagai belut
diregang.
10. Bagai berkain tiga hasta - Serba tak cukup (miskin).
Contoh Ayat : Sejak kematian suaminya, mak limah terpaksa bekerja
keras untuk menyara makan minum anaknya yang ramai. Keadaan
hidupnya sekarang bagai berkain tiga harta.
11. Bagai bersahabat dengan ular. - Berkawan dengan orang yang jahat
Contoh Ayat : Ali sudah pandai balik lewat malam dan sudah pandai
melawan nasihat ibubapanya. Sikapnya mula beruabah sejak ia
berkawan dengan orang-orang di persimpangan kedai itu. Pergualan
Ali ini bagai bersahabat dengan ular, kerana perangai yang jahat
itu dapat mempengaruhinya
12. Bagai berseru di padang pasir. - Seruan yang tidak diendahkan orang.
Contoh Ayat : Walaupun telah beberapa kali wakil rakyat itu meminta
supaya penduduk di kawasan perumahan itu bersatu untuk menjaga
keharmonian, tetapi tidak ada kata sepakat dan tidak dipedulikan
sahaja. Seruannya bagai berseru di padang pasir.
13. Bagai bersumur di tepi rawa - Orang yang selalu cemburu.
Contoh Ayat : Isteri Encik Ali sentiasa berada di rumah sahaja. Ia
tidak dibenarkan keluar oleh suaminya. Sikap suaminya bagai
bersumur di tepi rawa.
14. Bagai bertanak di kuali. -Terlalu murah hati hingga binasa kerananya
Contoh Ayat : Keadaannya bagai bertanak di kuali, kerana habis wangnya
telah digelapkan oleh wakil syarikat yang kononnya hendak
meminjam. Rupa-rupanya ia telah menipu.
15. Bagai bertemu buah si malakamo : dimakan mati
bapak, tidak dimakan mati ibu. - Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam
keadaan yang serba salah.
Contoh Ayat : Keputusan yang terpaksa dibuat oleh Suzi bagai bertemu
buah malakoma, dimakan mati bapak, tidak dimakan mati ibu,
kerana ia akan melibatkan masa depan dirinya dan nasih
keluarganya.
16. Bagai bertepuk sebelah tangan. - Cinta kasih yang tidak berbalas.
Contoh Ayat : Gadis yang cantik itu telah menyebabkan ramai orang
lelaki yang cuba mendekatinya tapi sedikit pun tidak dilayan.
Akibatnya mereka bagai bertepuk sebelah tangan.
17. Bagai buruk kena ipuh - Mengeliat-geliut (kerana kesakitan).
Contoh Ayat : Mat mengidap penyakit gastrik. Sekiranya dia tersilap
makan, penyakit akan datang menyebabkan ia tidak dapat
menahannya dan keadaannya bagai beruk kena ipuh.
18. Bagai berumah di tepi tebing. - Selalu dalam kekuatiran.
Contoh Ayat : Malim berasa kuatir kerana anaknya sudah dua hari tidak
pulang ke rumah. Semua kerjanya tidak menjadi kerana kuatir
bagai berumah di tepi rawa.
19. Bagai besi dengan penamban. - Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.
Contoh Ayat : Pada zaman penjajahan Jepun, semua orang takut dengan
cara pemerentahan mereka. Keadaan ini bagai besi dengan
penamban.
20. Bagai buah keras di dalam sekul. - Bercakap dalam keadaan tergopoh-gapah.
Contoh Ayat : Sejak dari tadi Min tidak berhenti- henti becakap.
Cakapnya yang tergopoh-gopoh bagai buah keras di dalam sekul
amat sukar difahami.
21. Bagai budak menyapu ingus. - Beroleh malu dalam sesuatu majlis.
Contoh Ayat : Ada tetamu yang tersinggong tangan Aminah, menyebabkan
cawan yang dipegangnya terjatuh semasa majlis jamuan itu
diadakan. Walaupun bukan salah dirinya tetapi ia rasa sangat
malu bagai budak menyapu ingus.
22. Bagai bulan empat belas. -Kecantikan wajah seorang wanita.
Contoh Ayat : Semua pakaian yang digayakan olehnya kelihatan sangat
menarik. Bukan sahaja kerana rekabentuk itu yang menarik tetapi
kerana kecantikan wajahnya bagai bulan empat belas.
23. Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan. - Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak
berjalan.
Contoh Ayat : Hampir dua jam aminah bersolek, bila ia hendak pergi
berjalan. Kecantikannya selalu mendapat perhatian di luar.
Dirinya bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.
24. Bagai buntal kembung. - Bodoh dan sombong.
Contoh Ayat : Mak Limah selalu bersungut kerana anaknya selalu membuat
silap semasa kiraan dalam perniagaan. Bila diajar tidak diambil
peduli. Perangai anaknya bagai buntal kembung.
25.Bagai bunyi cempedak jatuh. - Bunyi jatuh yang sangat kuat.
Contoh Ayat : Mak Timah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh
cucunya menyebabkan ia terjatuh. Badannya yang besar
menyebabkan bunyi jatuhnya sangat kuat bagai bunyi cempedak
jatuh.
26.Bagai bunyi orang dikoyak harimau. - Berteriak-teriak dan melolong dengan kuat.
Contoh Ayat : Zaiton sentiasa berhati-hati dalam membuat kerja-kerja
rumah supaya emaknya tidak marah. ia berasa malu sekiranya
dimarahi oleh emaknya yang mempunyai suara terlalu kuat bagai
bunyi orang dikoyak harimau.
27. Bagai bunyi perempuan di air. - Ramai atau riuh sekali.
Contoh Ayat : Bagai bunyi perempuan di air, apabila keluarga Encik
Seman berkumpul pada hujung minggu. Anak cucunya yang ramai
menjadikan rumahnya sangat bising.
28. Bagai bunyi siamang kenyang. - Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat
kesenangan.
Contoh Ayat : Che Mat selalu menghebab-hebahkan bagaimana caranya ia
beroleh kesengan sekarang ini. Sikapnya bagai siamang kenyang.
29. Bagai cacing gila. - Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya.
Contoh Ayat : Ali berang bila orang mengatakan isterinya bagai cacing
gila. Dia mesti bertindak tegas terhadap sikap isterinya yang
suka bertandang ke rumah orang.
30. Bagai cacing kena air panas. - Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan
lain-lain).
Contoh Ayat : Berita kemalangan yang menimpa keluarganya menyebabkan
dia tidak dapat berbuat apa-apa. Keadaannya bagai cacing kena
air panas, hingga terpaksa orang lain memujuknya supaya
bersabar.
Contoh Pepatah Dan Maksudnya
- Air yang tenang jangan disangka tiada buaya - Pendiam dan tidak melawan kata jangan disangka pengecut
Contoh Ayat : Mukhriz seorang yang pendiam, tetapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana dia pernah menjadi juara dalam pertandingan debat.
2. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - Hidup Bantu membantu antara satu sama lain
Contoh Ayat : Kampung Seduku berjaya terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsaan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
3. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga - Setiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli keluarganya yang lain.
Contoh Ayat : Siti berasa sedih melihat adiknya yang menderita penyakit leukimia kerana cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.
4. Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung - Walau di mana kita berada kita mesti mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami.
Contoh Ayat : Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
5. Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama - Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja.
Contoh Ayat : Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.
6. Fikir itu pelita hati - Daya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup.
Contoh Ayat : Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati.
7. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama - Orang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal dunia.
Contoh Ayat : Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampun kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
8. Harapkan pagar, pagar makan padi - Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita.
Contoh Ayat : Hamka menyesal kerana memberi kepercayaan kepada kawannya untuk menguruskan perniagaan kerana kawannya telah belot dan nasibnya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi.
9. Ikan pulang ke lubuk - Kembali semula ke tempat asal.
Contoh Ayat : Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya.
10.Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha.
Contoh Ayat : Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
11.Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang - Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja.
Contoh Ayat : Kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.
12. Lembu punya susu, sapi dapat nama - Seseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama.
Contoh Ayat : Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.
13. Membujur lalu melintang patah - Orang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi.
Contoh Ayat : Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah walaupun lawannya seribu.
14.Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya - Sikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seibu sebapa.
Contoh Ayat : Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.
15. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa -Kita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan orang terhadap kita
Contoh Ayat : Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya setiap kali jirannya memberi makanan kepadanya, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
16. Pucuk dicita ulam mendatang - Memperoleh sesuatu yang dihajati.
Contoh Ayat : Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya.
17 .Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul - Orang yang melakukan kerja secara bergotong royong.
Contoh Ayat : Semua penduduk kampong Seri Pinang bergotong royong membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
18. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga - Bagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga.
Contoh Ayat : Perbuatan Ali yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke sekolah. Selama ini dia telah menipu keluarganya namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
19. Takkan pisang berbuah dua kali - Tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.
Contoh Ayat : Ahmad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali.
20. Ulat dalam batu pun dapat hidup - Orang yang rajin berusaha takkan mati kelaparan
Contoh Ayat : Tak payahlah kamu bersusah payah merantau keluar Negara semata-mata untuk mencari pekerjaan kerana di sini pun masih boleh mendapat rezeki kerana ulat dalam batu pun dapat hidup,’ kata ayah kepada abang.
21. Waktu itu wang - Waktu itu sangat bernilai.
Contoh Ayat : Rahim sentiasa berusaha dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk memajukan perniagaannya bak kata pepatah waktu itu wang.
22. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran - Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang
Contoh Ayat : Mendengar khabar bahawa dia akan mendapat pulangan yang lebih lumayan melalui pembelian sahamnya, Rahim telah mengelurakan semua wang simpanan dan melaburkannya. Namun dia sebenarnya telah ditipu umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
23. Zaman beralih, musim bertukar - Peredaran masa.
Contoh Ayat : Penggunaan teknologi pada masa kini terus menjadi keutamaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Walau zaman beralih, musim bertukar, manusia tetap bergantung dengan teknologi ini.
24. Macam Anjing Dengan Kucing. - Sentiasa bertengkar/bergaduh
Contoh Ayat : Hatim dan Saiful pantang bersua pasti berlaku pergaduhan. Suatu hari, pergaduhan mereka disaksikan oleh Ismadi."Macam anjing dengan kucing la kamu berdua ini .
25 . Bagai Pinang Dibelah Dua - Pasangan yang cocok atau sama padan
Contoh Ayat : Nadia dan Ismail adalah pasangan yang secocok
26. Indah Khabar Dari Rupa. - Keadaan yang sama sekali tak serupa dengan apa yang didengari.
Contoh Ayat : Afi seorang yang panas baran tetapi beliau seorang yang Indah Khabar Dari Rupa
Ini adalah sedikit petikan video yang telah kami ambil dari sumber- sumber youtube untuk sekadar pengetahuan umum
Sekian Terima Kasih
- Muhammad Amirul Asraf Bin Mazi - YM1306BD4014
- Afi Amierul Aiman Bin Abdul Khalid - YM1306BD3932
- Faris Bin Jaapar - YM1302BD2712